Saturday, February 20, 2010

pergi

Salam.

Malam ni akan pulang ke Shah Alam, Akasia khususnya.

Aku hebat, kerana aku bakal pulang dengan Bio Lab Report M1&C1 yang pada kiraan aku belum lagi selesai sepenuhnya.

Aku hebat, kerana aku menjalani hari-hari dengan pembentangan Pengajian Melayu yang aku masih belum kupas dalam-dalam isu yang akan aku bentang.

Aku memang hebat, kerana masih bingung mengenai anak- anak soalan Mathematics Tutorial 4, sedang Rabu ini, aku bakal menjawab Maths Quiz 2 tahun ini.

Aku sedia maklum aku hebat. Tapi, aku tahu aku lebih hebat setelah mendapat khabar bahawa minggu ini atau minggu depan akan diadakan Biology Test 2, dengan persediaan aku yang cukup santai.

*menyesal*

Tuesday, February 2, 2010

sesak

Alhamdulillah, dah lebih sebulan masuk sem 2. Masa sem 1 dulu, asyik bayang2 kan, macam mana la sem 2..sebab senior2 semua cakap sem 2 paling sakit. akhirnya, rasa pun sem 2.

bezanya dgn sem 1 mmg masyaAllah, BEZA. macam amat. hari pertama lepas daftar, ada LOU (Letter of Undertaking). tamat LOU, terus lecterur2 maths bagi assignment Directed Investigation 1. Seminggu diperuntukkan untuk selesaikan DI1 tu. Jadi, hujung minggu pertama Sem 2 mmg sakit, sebab kena siapkan DI1.

Sangkakan Maths ja ada investigation, baik punya lepas dapat tau semua subjek ada. Sekarang ni dah dapat topik utk ESLS Investigative Studies. Sedang mencari topik untuk Malay Studies Investigative Studies pulak. Dan dan dan..sedang memikirkan destinasi Field Trip Bio.. Tinggal subjek kimia sahaja yang belum memulakan projek research ni.

Semester sakit. Minggu depan Topic Test 2 Chemistry Year 12. timing memang cantik , hari isnin, satu satunya hari yang kelas tamat pukul 6 petang. Malam tu pukul 8, test mula. Harapnya, tenaga hari tu cukup mantap utk supply oksigen ke otak semasa test tu.

doa-doakan ya.
=)