Assalamualaikum w.b.t.
tadi aku pegi latihan kete, dan ketika aku sedang menunggu giliran aku untuk menekan minyak dengan hanya gear satu dan dua di perkarangan IM tu, aku pun meluangkan masa aku dengan melepak dengan seorang cik india cumil berusia 22 tahun nih. sedang aku kusyuk menemuramah beliau dalam bahasa melayu ala2 tamil, tiba2 aku terdengar suatu suara, dan seraya itu terjadilah perbualan berikut antara seorang pelatih IM dan jurulatih IM :-
Jurulatih IM : hey tak malu, hisap rokok!
Pelatih IM : hisap rokok la macho, cikguu..
Jurulatih IM : macho ka? tak macho lah. tak caya tanya budak tu (lantas jari telunjuknya ditujukan ke arah seorang perempuan yg sedang duduk di sebelah pemuda yg merupakan pelatih IM tersebut).
-lalu perempuan tersebut menggeleng2 kan kepalanya, mengiyakan kata2 jurulatih IM.
Jurulatih IM : haaaa...tengok tu! budak pompuan tu takmau kat hangg..hahahahaha
Pelatih IM : ala, orang pompuan bukannya tau pun best ka tak best hisap rokok. best oo..
Jurulatih IM : hek'eleh...apa daa..hisap rokok tu buang duit, pencemaran udara! nanti dapat penyakit macam2, padan muka hang, tak dan kahwin. hahahaha!
Pelatih IM : cikgu, awat paku saya teruk2 ni. dah la depan awek. malu laaa..
Jurulatih IM : ha, tau pun malu kat awek. tengok saya, sepanjang hidup tak pernah merokok, sebab tu la berduyun2 pompuan mau kat saya, saya ja takmau kat depa. hang kan, sebab hang merokok, esok sapa pun takmau kat hang. kalau nak jadi yang terhangat di pasaran macam saya, hang kena la berenti merokok.
walaupun mcm kasar semacam, serious aku rasa mcm berkesan ja cara pendekatan jurulatih IM tu. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
berkesan tapi cara dia cakap teringat masa di UiTM...
org dengki saya siap kata.. "kami ini laki terhangat di pasaran, dan disebabkan kamu la kita tak hangat dah,"
huhu
so mcm mana memandu ?? ok dah ??
aiman: em, boley la. tengah bersabar menunggu qti n jpj test. ;D
Post a Comment